Saturday 24 September 2011

Gila-gila Kerbau

"Duit Hilang"

Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : "Kenapa menangis ni Man?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh hinggit  la Cikgu" (jawabnya sambil tersenguk-senguk menangis )
Guru : "dahlah tu jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : (sambil mengaru-garu kepalanya yang tak berapa gatal)"Aik... kan Cikgu nak bagi duit ni,
             kenapa menangis lagi ni? ke nak suruh Cikgu tambah lagi ekk..
Anak : "Iye la Cikgu...kan lagi best kalau tadi duit saya tak hilang, sekarang duit saya ada dua puluh
              hinggit.
Guru : "??!!!"

pengalamanku semasa kursus

Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada para pembaca yang kalau tersesat ke laman ni. Aku baru jer create blog ni minggu lepas semasa aku kursus di hotel Hill City, Ipoh.
Sebelum ni, aku ada jugak la cuba-cuba buat blog ni. Tapi tak berapa nak menjadi lak, mungkin jugak aku tak pandai atau cetek ilmu dalam bab-bab ni. Al maklum la aku ni baru nak bertapak dalam dunia blog ni..aku bukan la tak tahu langsung tentang dunia internet ni, cuma aku kursus nak tambah mana-mana yang patut ditambah.Konon-kononnya aku dah bleh buat blog aku sendiri la nih..Baru jer belajar buat blog dah membebel ekk..hehe..

Aku rasa seronok jugak la dapat pergi kursus tu, anjuran sekolah tempat aku mengajar..Beberapa minggu sebelum kursus bermula, dalam kepala aku ni ligat memikio ape kursus yang nak aku ambil ni. Sekolah tawarkan tiga jenis kursus (Word, Web dan Prezi). Mikio punya mikio aku masuk kursus prezi. Tapi tak sangka plak aku tercampak ke Web. Last-last minute aku tukar fikiran nak masuk web sebab diantara perisian kursus web ni mengenai blog. Kebetulan aku pun memang nak tau lebih lagi la pasal buat blog ni.. Tu la pasal tiba-tiba jer aku melompat keluar parti..haha..ape daaa..keluar tajuk ni..Kang tak pasal-pasal aku kena flying kick ngan blog aku ni sendiri..

Hari berganti hari..minggu berganti minggu..jam berganti jam..minit berganti minit..saat berganti saat.. Tiba la masa yang dinanti-nantikan..(sekali bersambung daa....)